PIAGAM PELANGGAN
(KEPADA MURID)
1. Memastikan semua murid di
sekolah ini mendapat tempat dan mula belajar dari hari pertama persekolahan.
2. Sentiasa memastikan
kemudahan, peralatan, jadual waktu, buku-buku teks dan segala urusan berkaitan
pengajaran dan pembelajaran dapat disediakan sebelum hari pertama sesi
persekolahan dan sentiasa berterusan.
3. Memastikan pengajaran yang
disampaikan berkualiti dan memberi manafaat serta kepuasan kepada pelajar
berteraskan piawaian yang ditetapkan.
PIAGAM PELANGGAN
(UNTUK STAF)
1. Mengadakan sesi perkembangan
staf dan bengkel ilmu pengetahuan terkini kepada staf secara berterusan.
2. Mengambil berat hal-hal yang
berkaitan dengan penjawatan, gaji dan kebajikan staf.
3. Memberi penilaian prestasi
yang adil dan saksama kepada staf.
4. Menyediakan peluang untuk
meningkatkan diri untuk memaksimumkan potensi dalam karier.
5. Menyediakan buku panduan
kepada semua staf bagi memantapkan karier serta keberkesanan proses kerja.
PIAGAM PELANGGAN
(KEPADA IBU BAPA)
1. Menguruskan pendaftaran dan
perpindahan murid dengan kadar seberapa segera.
2. Menerima, meneliti dan
mengambil tindakan terhadap aduan daripada ibu bapa.
3. Menyampai maklumat yang
berkaitan dengan cepat dan tepat.
4. Memaklumkan kepada ibu bapa
dengan tepat maklumat berkaitan masalah disiplin dan kemajuan akademik pelajar.
PIAGAM PELANGGAN
(KEPADA PPD/ JPN / KPM)
1. Memproses dan menyelesaikan
segala urusan rasmi dalam tempoh yang telah ditetapkan.
2. Memberi kerjasama dan
layanan mesra kepada pegawai-pegawai yang melawat sekolah.
3. Berusaha dan memberi
sokongan terhadap program dari Jabatan Pendidikan dan Kementerian Pendidikan.
No comments:
Post a Comment