Sekolah Kebangsaan Bukit Papit yang dahulunya
disebut Sekolah Rendah Kerajaan Bukit Papit (SRK Bukit Papit), Meradong telah
ditubuhkan dan dibuka dengan rasminya oleh Yang Berhormat Sandom anak Nyuak
(Minister of State) pada 4 januari 1969. Sekolah ini terletak agak jauh dari
pinggiran Sungai Rejang. Ianya lebih kurang tiga belas kilometer (13 km) dari
Pekan Bintangor dan lebih kurang satu kilometer dari rumah panjang di kawasan
Teluk Batu dan Teluk Bulat. Penduduk di kawasan berkenaan mengambil masa selama
20 (dua puluh) hingga 30 (tiga puluh) minit melalui ladang getah untuk sampai
ke sekolah.
SEJARAH AWAL TAHUN 60AN
Memandangkan tiada sekolah yang berhampiran
dengan kawasan ini (Teluk Batu dan Teluk Bulat), maka timbul hasrat di minda
penduduk Teluk Batu untuk menubuhkan sebuah sekolah di sini. Satu
jawatankuasa telah ditubuhkan pada awal tahu 1960 yang dipengerusikan oleh
mendiang Cr. Berandah anak Maling. Ahli jawatankuasa ini terdiri daripada
penduduk Teluk Batu. Selepasnya terbentuknya Jawatankuasa Penubuhan Sekolah
ini, penduduk dari Teluk Bulat pun mengemukakan permohonan untuk menyertai
bersama jawatankuasa ini. Permohonan mereka telah diterima dan dialu-alukan
oleh ahli jawatankuasa ini. Jumlah ahli yang didaftarkan seramai lima belas
orang sahaja.
Cadangan
untuk menubuhkan sebuah sekolah di Teluk Batu telah disampaikan kepada pegawai
yang memerintah Daerah Binatang (kini dikenali sebagai Bintangor). Ketika itu
negeri Sarawak masih di bawah pemerintahan British. Cadangan ini telah
dipersetujui oleh pihak kerajaan British.
PENUBUHAN TELUK BATU PRIMARY SCHOOL
Atas keprihatinan terhadap hasrat itu, maka
Encik Bakil anak Jeluing telah mendermakan sebidang tanah untuk tapak sekolah.
Segala kemudahan untuk membina sekolah adalah hasil gotong royong pihak
penduduk tempatan.
Pada
bulan Januari 1961, Teluk Batu Primary School berdiri tersergam indah di Hulu
Sungai Kurus, Teluk Batu. Ianya kira-kira seratus meter sahaja dari kawasan
rumah panjang penduduk Teluk Batu. Walaupun berdinding dan beratap daun nipah,
sekolah ini adalah kebanggaan penduduk tempatan.
Pada
tahun itu hanya sebuah bangunan sahaja telah Siap dibina. Selepas siapnya
bangunan sekolah ini, para penduduk tempatan sekali lagi bergotong royong
membina seunit rumah guru.
Guru
yang pertama berkhidmat ketika itu ialah Encik Agah. Beliau juga bertindak
sebagai Guru Besar. SK Teluk Batu merupakan sekolah yang terawal yang terdapat
di kawasan ini menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
1961-1966 : TELUK BATU PRIMARY SCHOOL
Pada tahun 1961, Teluk Batu Primary School
hanya mempunyai sebuah bilik darjah, seorang guru dan seramai 25 (dua puluh
lima) orang murid. Kebanyakan murid yang mendapat pendidikan di sini adalah
dari Teluk Batu dan selebinya dari Teluk Bulat. Pada tahun 1964, sekolah ini
telah bertambah empat buah kelas dan empat orang guru. Murid-murid ketika itu
adalah penuntut harian. Murid-murid dari Teluk Batu berjalan kaki ke sekolah.
Bagi murid-murid yang datang dari Teluk Bulat, mereka terpaksa mendayung perahu
setiap hari.
Pada
pertengahan tahun 1964, tugas Guru Besar telah diambilalih oleh En. Wong Chi
Poh. Beliau menjalankan tugas sebagai Guru Besar sehingga tahun 1966.
Pada
tahun 1966, satu ujian yang dikenali sebagai “Common Entrance Examination”
telah diadakan untuk murid-murid darjah Enam ketika itu. Keputusannya sangat
membanggakan. Lebih tujuh puluh lima peratus daripada murid-murid telah lupus
dalam ujian itu. Mereka melanjutkan pelajaran ke Sekolah Menengah Kerajaan
Binatang (kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Kerajaan Meradong, Bintangor,
Sarawak).
TELUK BULAT PRIMARY SCHOOL : 1967-1968
Setelah enam tahun menempuh hujan dan panas
untuk datang ke sekolah; kesukaran mula dirasai oleh murid-murid dari Teluk
Bulat. Apatah lagi mereka terpaksa mengayuhkan perahu selama lebih kurang satu
jam melawan arus Sungai Rejang yang deras pada setiap hari persekolahan.
Menyedari hakikat ini dan bahaya yang ditempuhi oleh anak-anak mereka pada
setiap hari, para ibubapa murid-murid dengan kerjasama penduduk kampung Teluk
Bulat telah berikhtiar untuk menubuhkan sebuah lagi sekolah di Teluk Bulat.
Hasrat mereka ini telah disampaikan ke Majlis Daerah Binatang. Permohonan
mereka telah diluluskan.
Pada
tahun 1967, terdapat sebuah sekolah di Teluk Bulat. Sekolah ini dinamakan Teluk
Bulat Primary School sempena dengan nama kawasan tersebut. Encik staun
merupakan guru yang pertama berkhidmat di sekolah tersebut. Beliau bertugas di
sini selama dua tahun sahaja, iaitu dari tahun 1967 hingga tahun 1968.
MASALAH YANG TIMBUL
Masalah kekurangan murid untuk mengisi
enrolmen kedua-dua sekolah tersebut mula timbul. Masalah ini berpunca setelah
tertubuhnya Teluk Bulat Primary School. Masalah ini berlarutan sehingga
mendapat bantahan daripada pihak kerajaan ketika itu. Memandangkan perkara ini
semakin serius, pelbagai usaha telah diambil. Di antara usaha yang telah
dilakukan termasuk mengadakan kempen-kempen di semua rumah panjang di kedua-dua
kawasan sekolah tersebut. Kempen ini adalah untuk menyedarkan penduduk supaya
menghantar anak-anak mereka ke sekolah.
Walaupun
pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi masalah ini, semuanya menemui
jalan buntu. Sekiranya perkara ini (kekurangan murid) berterusan, maka
kedua-dua sekolah ini akan ditutup.
Encik
Tuah, Guru Besar Teluk Batu Primary School (1976-1968) sekali lagi berganding
bahu dengan Ahli Jawatankuasa Sekolah menangani masalah ini. Mereka mengadakan
ceramah dari rumah panjang ke rumah panjang untuk menyedarkan penduduk tempatan
betapa pentingnya pendidikan bagi anak-anak mereka pada masa hadapan. Namun
usaha murni mereka ini juga tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Bilangan
murid hadir ke sekolah untuk sesi persekolahan pada tahun 1969 tidak mencukupi
bagi menubuhkan sebuah kelas. Perkara yang sama telah berlaku di Teluk Bulat
Primary School.
Untuk
menyelesaikan masalah ini, satu persetujuan telah dibuat iaitu untuk
mencantumkan kedua-dua buah sekolah ini. Pencantuman kedua buah sekolah ini
mendapat bantahan keras dari pelbagai pihak. Namun bantahan mereka tidak
dihiraukan oleh pihak kerajaan ketika itu. Langkah untuk menyatukan kedua buah
sekolah ini juga hasil daripada langkah kerajaan. Percantuman kedua buah
sekolah tersebut telah mewujudkan sebuah sekolah baru iaitu Sekolah Kerajaan
Bukit Papit.
SEJARAH SRK BUKIT PAPIT DARI TAHUN 1969
Sebuah kawasan yang berbukit tetapi agak rata
dan berpadang pasir terletak di antara kedua-dua kawasan Teluk Batu dan Teluk
Bulat telah dipilih dijadikan tapak baru bagi sekolah gabungan ini. Bukit ini
bernama Bukit Papit. Ini adalah kerana bukit ini terdapat begitu banyak sejenis
serangga yang dinamakan “Papit” oleh penduduk tempatan. Nama sekolah ini
dinamakan sempena nama sebuah bukit di mana sekolah ini didirikan sekarang ini.
SK
Bukit Papit terdiri dari sebuah bangunan sekolah yang memuatkan empat buah
bilik darjah. Tiga buah daripada bilik darjah tersebut digunakan sebagai kelas
dan sebuah lagi untuk Pejabat Guru Besar, Bilik Guru dan Pusat Sumber Sekolah.
Banguna ini telah siap dibina sepenuhnya pada akhir tahun 1968.
Pada
4 Januari 1969, sekolah ini telah dirasmikan pembukaannya oleh YB Sandom anak
Nyuak, ADUN kawasan Binatang ketika itu. Guru Besar yang pertama di SRK Bukit
Papit ialah Encik Latit anak Nanang. Beliau berkhidmat di sekolah ini dari
tahun 1969 hingga 1974. Sepanjang perkhidmatan, beliau telah dibantu oleh dua
orang guru biasa.
Seramai
dua puluh tujuh orang murid masuk ke darjah satu pada tahun 1969. Murid-murid
yang berada di Darjah Dua dan Empat ketika belajar di Teluk Batu dan Teluk
Bulat Primary School meneruskan pelajaran mereka di SRK Bukit Papit ke Darjah
Tiga dan Darjah Lima. Dua buah unit rumah guru telah dibina berhampiran dengan
bangunan ini pada tahun 1973.
Tugas
guru besar telah diambilalih oleh Encik Tadon anak Liang pada tahun 1975.
beliau dibantu oleh dua orang guru biasa yang lain. Guru Besar yang ketiga
pernah bertugas di sekolah ini ialah Encik Charles Legak. Beliau berkhidmat di
sekolah ini selama empat tahun iaitu dari tahun 1987 hingga 1991. Selepas Encik
Charles Nyuak, sekolah ini tidak ada Guru Besar. Namun begitu, tugas Guru Besar
telah dijalankan oleh Puan Julia anak Berandi sehingga 1996.
Guru
Besar yang keempat berkhidmat di sekolah ini adalah Encik Boniface Balai.
Beliau merupakakan Guru Besar yang paling lama berkhidmat di sini iaitu selama
sepuluh tahun (1996-2005).
Setelah
beliau, Guru Besar yang kelima berkhidmat di sini ialah Encik Lingga anak
Dagang. Beliau hanya sempat berkhidmat di sekolah ini selama setahun (2006)
sebelum beliau dinaikkan pangkat dan bertugas sebagai Guru Besar sekolah
berasrama di SK Mupong pada tahun 2007. Oleh kerana berjaya melanjutkan
pelajaran, beliau terpaksa bertugas di luar sekolah melebihi tiga bulan.
Guru
Besar seterusnya, iaitu yang keenam berkhidmat di SK Bukit Papit ialah seorang
Guru Besar Cina kacukan Iban, Encik Yong Soo Sien. Sebelum berkhidmat di SK
Bukit Papit, beliau pernah berkhidmat di SK Semop (1991-1992), SJK(C) Yong
Kwong (1993-2002) dan di SK Nanga Maong, Julau selama empat tahun (2003-2006)
sebagai Penolong Kanan Kokurikulum. Beliau menabur bakti di sekolah ini mulai
tahun 2007 sehingga 2017.
Guru
Besar ketujuh berkhidmat di SK Bukit Papit ialah seorang Guru Besar melayu, En.
Semanto bin AhÃ. Sebelum berkhidmat di SK Bukit Papit, beliau pernah berkhidmat
di sekolah rendah di Sibu dan juga pernah berkhidmat di Pejabat Pendidikan
Daerah Meradong. Mula berkhidmat di SK Bukit Papit mulai tahun 2017 hingga
kini.
No comments:
Post a Comment